LIPIS, 25 Ogos – Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pengurusan), Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim dan Pengarah Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Dato’ Aziz Salleh telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Balora Benta, Lipis pada 12 Ogos yang lalu. Lawatan tersebut telah diiringi oleh Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis yang telah memberikan taklimat ringkas mengenai peranan dan tugasan Sukarelawan MyVac. Penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bagi memastikan pengagihan vaksin dapat dibuat dengan sempurna. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diberi mandate untuk menguruskan pelaksanaan Program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dari aspek bukan perkhidmatan kesihatan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi Kerajaan. Terima kasih atas lawatan dan keprihatinan daripada Kerajaan Negeri dan CITF Pahang yang turut sama menyemarakkan semangat para petugas untuk menjalankan tugasan dengan lebih cemerlang.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 617
