ROMPIN, 3 Ogos – Program Agihan Bantuan Prihatin Pahang kepada penerima yang layak dan telah disampaikan pada 2 Ogos yang lalu. Penerima adalah dikalangan mereka yang layak dan telah disenarai pendek oleh pihak Kerajaan Negeri. MyVac Rompin antara penerima agihan bantuan tersebut yang telah diwakili oleh Puan Noorul Ain Kamar Zaman dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin. Program yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Dewan Kuala Rompin diadakan secara ‘drive thru’ ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir ialah YB Ir. Razali Kassim, ADUN Muadzam Shah dan Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Semoga dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat kesukarelawanan yang lebih tinggi kepada masyarakat di daerah ini.
Disediakan oleh : Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 368
