PEKAN, 10 Mei – Seawal jam 7.30 pagi seramai 12 orang Sukarelawan Bukan Kesihatan (MyVAC) telah memulakan tugasan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Pekan yang bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan. Rata-rata sukarelawan komited dan bersamgat tinggi dalam melaksanakan tugasan yang bakal diberikan. Seramai 345 orang telah menerima suntikan vaksin pada 4 Mei yang lalu. Sasaran penerima vaksin bagi fasa ini adalah warga emas, orang kurang upaya dan individu yang berisiko. Sukarelawan MyVAC ditugaskan di setiap stesen hadapan bagi membantu kakitangan kesihatan melancarkan lagi proses vaksinasi. Tempoh program ini berjalan selama 3 hari mulai 4 hingga 6 Mei 2021. Sukarelawan MyVAC telah diberikan taklimat ringkas penyelarasan program oleh Dr. Muhammad Syiham Rosli, Pegawai Perubatan. Turut hadir adalah Ketua Pusat Vaksin (PPV) iaitu Dr. Ili Aqilah Azzemi, Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Pekan. Harapan semua petugas dan sukarelawan MyVAC agar program dipermudahkan urusan dan berjaya hingga selesai.
Disediakan oleh:- Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 771
