PEKAN, 28 Julai – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Balai JKKK Nenasi Pantai menerima kunjungan hormat dari Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bersama Puan Rozita Barudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan bagi memantau gerak kerja sukarelawan bukan kesihatan MyVac yang bertugas membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Program Imunisasi Kebangsaan Daerah Pekan. Seramai 7 orang sukarelawan yang terlibat telah menjalankan tugas. Pusat Pemberian Vaksin ini diketuai oleh Dr. Rasyidah Rustam, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Nenasi. Sejumlah 194 orang telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer. Program ini telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan masyarakat setempat bagi mencapai komuniti vaksin dengan kadar segera. Disediakan oleh:-Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 430
