MARAN, 03 Mei – Puspanita Maran mengambil peluang menyemarakkan semangat bulan Ramadhan ini dengan menganjurkan aktiviti Mengacau Bubur Lambuk minggu lepas. Puan Saniah Zainal selaku Ahli Jawatankuasa Tetap Puspanita Maran bertugas dalam program tersebut. Bermula seawal jam 2.00 petang, aktiviti gotong royong dimulakan dengan membasuh beras, memotong ulaman dan mengisar bahan bahan masakan. Program setahun sekali ini dilaksanakan di kediaman rasmi Pegawai Daerah Maran. Bubur lambuk yang telah siap dimasak seterusnya akan dibungkus untuk diagihkan kepada ahli-ahli dan orang ramai. Pengerusi Puspanita Maran Cik Puan Norazura Ibrahim berkata program seperti ini mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan memupuk semangat ukhwah di bulan Ramadhan yang mulai ini. Ahlan Ya Ramadhan.
Disediakan oleh:- Saniah Zainal, PBSD Maran
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 368
