PEKAN, 27 April – Jawatan pelaksanaan Projek Menaiktaraf Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Pekan telah mengadakan Mesyuarat Tapak kali ke-3 bagi membincangkan gerak kerja menaiktaraf oleh kontraktor yang terlibat pada 23 April yang lalu. Atas usaha bersama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia, Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan dan pihak kontraktor adalah diharapkan agar gerak kerja ini dapat berjalan dengan lancar bagi mengelakkan kelewatan pojek. Perbincangan telah dijalankan dalam suasana yang harmoni dan pihak kontraktor komited dengan hasrat KBS dalam usaha memastikan tiada timbul masalah dalam merealisasikan projek.
Disediakan oleh:- Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 352
