ROMPIN, 13 April – Encik Yusof Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin telah selesai menghadiri Mesyuarat Berkala Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang Tahun 2021 di Bilik Mesyuarat Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Kuantan pada 31 Mac yang lepas. Antara mesyuarat yang beliau hadiri adalah Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) Bil.2/2021, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPA) Bil.2/2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Bil.2/2021. Mesyuarat tersebut diadakan secara berkala bagi perbincangan untuk mengukuh dan memantapkan lagi organisasi supaya lebih cemerlang melalui suara-suara dan pandangan daripada semua pegawai dari peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Semoga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin terus mencipta kecemerlangan pada tahun ini.
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 505
