KUANTAN, 22 Mac – Bahagian Pembangunan Sukan bersama Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang telah menjalankan lawatan ke Awangan Palace, Kuantan Bypass Bukit Rangin. Warga JBSN Pahang yang terlibat adalah Encik Mohd Ibrahim Mohd Sarip, Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Puan Noorhasmah Salleh dan Tuan Haji Osman Haji W.Bukhari. Lawatan adalah untuk persiapan tempat bagi penganjuran program pada tahun ini. Lawatan telah disambut baik oleh Puan Siti Fathiyah Ahmad yang merupakan Pengarah Pengurusan. Beliau telah membawa wakil Jabatan melihat persekitaran premis serta kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Pada sesi lawatan ini juga beliau turut berkongsi pengalaman dalam menguruskan premis khususnya dari segi penerimaan pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan. Premis beliau dilengkapi dengan dewan berkapasiti besar, penginapan serta restoran yang bersesuaian bagi penganjuran acara rasmi dan separa rasmi.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang
Disunting oleh: Nik Zuriani binti Nik Mohamad Mokhtar, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 836
