KUANTAN, 2 Mac 2021 – Satu Mesyuarat dan Perbincangan Unit Komunikasi Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Pahang Bilangan 1 Tahun 2021 telah diadakan hari ini untuk membincangkan hala tuju dan usaha bagi penambahbaikan tugasan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Esmeralda Farah Kazaruddin dan telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada wakil Bahagian JBSN Pahang. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengemaskini pelantikan ahli, cadangan penganugerahan portal, urusan berkaitan sosial media, pembahagian tugasan serta perbincangan keperluan semasa. Ahli-ahli yang hadir adalah Puan Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Encik Azian Ali, Cik Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar, Encik Mohamad Fadzil Che Daud dan Encik Mohd Arizan Rozaid. Perbincangan ini juga merupakan platform bagi mengetengahkan idea-idea baru khususnya bagi memantapkan unit ini.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang
Disuntingkan oleh:- Nik Zuriani binti Nik Mohamad Mokhta, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 675
