MARAN, 28 Januari 2021 – Bencana banjir yang melanda daerah Maran hampir melumpuhkan sebahagian besar kawasan bandar dan kawasan kampung sekitarnya pada pagi 3 Januari yang lalu. Daerah ini merupakan daerah pertama terjejas banjir bagi awal tahun 2021. Kawasan bandar Maran meliputi kawasan kampung dan taman yang berhampiran seperti Taman Seri Chedung, Taman Maran Jaya, Kampung Luit dan Kampung Bak-Bak adalah antara kawasan yang terjejas teruk. Dikatakan banjir kali ini adalah menyamai banjir yang berlaku pada tahun 1971 di mana rumah yang ditenggelami mencatat paras air yang sangat tinggi sehingga mencapai paras bumbung. Kompleks Rakan Muda (KRM) Maran yang terletak 500 meter dari bandar menjadi Pusat Penempatan Petugas Bencana dari pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Pahang. Pusat operasi ini telah menempatkan kenderaan seperti trak dan bot tentera bagi tujuan memindahkan mangs-mangsa banjir. Pihak KRM Maran prihatin dan sedia memberi kerjasama dalam menangani isu banjir kali ini.
Disediakan oleh:- Saniah Zainal, PBSD Maran
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 508
