- JBS Pahang
- Hits: 456
MESYUARAT JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG PLATFORM KERJASAMA SEMUA AGENSI
KUANTAN, 11 Mac – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang selaku Urusetia Jawatankuasa tersebut bersama dengan Majlis Sukan Pahang (MSP) dan 54 Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah bermesyuarat bagi membentang dan menyelaras isu-isu berkaitan pembangunan belia dan sukan untuk golongan belia di negeri Pahang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Johari Haji Husain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang ini merupakan mesyuarat kali pertama yang diadakan bagi membincangkan dan menyelaras program dan inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Pahang. Melalui keputusan dan kesepakatan bersama yang telah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut, pihak Kerajaan Negeri berharap ianya akan memberi impak yang positif dalam membangunkan golongan belia peringkat akar umbi di negeri Pahang.
Disediakan oleh:- Muhamad Fadzil Che Daud, Bahagian Pembangunan Belia
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 456
