CAMERON HIGHLANDS, 6 April – Satu lawatan ke tapak cadangan pembinaan Kompleks Mini Sukan Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada 25 Mac yang lalu pada jam 10.00 pagi. Lawatan tersebut telah dihadiri oleh wakil Unit Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang, wakil Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands, wakil Pejabat Tanah dan Galian Cawangan Raub serta Encik Ahmad Fadzil Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands. Dalam sesi lawatan tersebut turut diadakan taklimat mengenai status tanah, lokasi, kesesuaian dan permohonan bagi cadangan pembinaan Kompleks Mini Sukan Daerah Cameron Highlands. Lawatan tersebut telah berakhir sekitar jam 11.45 pagi.
Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 491
