BERA, 26 Mac – Bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Bera, Kunjung Hormat Jawatankuasa Majlis Belia Felda Daerah Bera ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera telah diadakan semalam. Saudara Azril Ramli, Pengerusi persatuan memaklumkan peranan dan fungsi Majlis Belia Felda Daerah iaitu untuk menyatukan kepimpinan 14 Majlis Belia Felda di bawah tadbiran daerah Bera selain menjadi pemantau dan penyelaras aktiviti-aktiviti belia di kawasan tanah rancangan dalam daerah Bera. Encik Mohamad Rozaiham Abd. Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera memaklumkan akan kepentingan Mesyuarat Agung Tahunan dan menghantar Maklumat yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Turut dinyatakan dalam ucapan beliau adalah berkaitan Program Skim Perantisan Nasional (SPN) dan status Permohonan Bantuan Ekonomi Pertubuhan Belia. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara NGO’s khususnya di daerah ini dengan PBSD Bera selain bertukar-tukar pandangan dan pendapat dalam memartabatkan golongan belia.
Disediakan oleh:- Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 430
