TEMERLOH, 26 Februari 2021 – Program Rakan Muda Prihatin Perlis 2021 telah selesai dijayakan di Pondok Haji Ahmad, Kampung Dala, Lanchang, Pahang. Program tersebut telah diketuai oleh Puan Norhazita Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis dan juga warga JBSN Perlis. Turut hadir adalah Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh, En. Husyin Abd. Murat, Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh dan juga En. Ainuddin Zainal Akli, Setiausaha MBD Temerloh. Encik Azmi Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JBSN Perlis kerana sudi hadir menjalankan program kesukarelawan membantu memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Semoga dengan bantuan serta sumbangan yang disampaikan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa.
Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh
Disemak & Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Zuriani binti Nik Mohamad Mokhtar, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 524
