KRMSA ROMPIN, 21 Disember 2020 – Pada 10 November yang lalu, Encik Zubi Awang, Penolong Jurutera, Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan. Bayi perempuan yang diberi nama Zara Aqeela Zubi telah dilahirkan secara normal di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan dengan berat 4.45 kilogram. Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat. Encik Zubi Awang yang berasal dari Jengka, Pahang merakamkan rasa syukur di atas kurniaan cahaya mata ketiga ini. Bagi meraikan kehadiran si comel, pihak pengurusan KRMSAR telah menyumbangkan sedikit cenderamata buat Zara Aqeela Zubi melalui ayahnya. Warga KRMSAR mendoakan agar cahaya mata ini membesar menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua orang tuanya.
Disediakan oleh:- Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 572
