MARAN, 15 Disember 2020 – Skim Perantisan Nasional (SPN) adalah satu program di bawah inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan. Skim ini tidak hanya memberi manfaat kepada belia tetapi juga mendatangkan manfaat kepada majikan melalui pewujudan peluang pekerjaan. Penyerahan ‘Pamplet QuickFact’ SPN ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Ibrahim Mohamad Sarip, Pegawai Sosio Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang kepada Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran semalam. Belia dan beliawanis daerah Maran khususnya adalah dipelawa bagi mengikuti skim ini dengan melayari pautan perantisan.kbs.gov.my. PBSD Maran sedia membantu dalam mempromosikan SPN demi memberi peluang kepada belia khasnya.
Disediakan oleh:- Saniah Zainal PBSD Maran
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 443
