- JBS Pahang
- Hits: 673
‘RMDO’ MARAN TEPATI SASARAN
MARAN, 25 November 2020 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Maran dengan kerjasama Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 17 telah selesai melaksanakan Program Rakan Muda ‘Day Out’ (RMDO) bersama warga Felda dan kawasan di sekitarnya. Cik Nor Aya Sofia Abu Bakar, Pembantu Belia dan Sukan bersama Puan Rodiah Mohamed Karim, Pekerja Awam PBSD Maran turun padang bersama belia dan beliawanis kawasan tersebut melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Seawal jam 8.00 pagi aktiviti telah dimulakan dengan gotong royong membersihkan balai raya, sekolah agama dan kawasan perkuburan. Selepas itu, program diteruskan pula dengan menziarahi golongan yang uzur dan kurang upaya. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua peserta yang hadir. Program yang amat baik ini telah berjaya menghimpunkan golongan pelbagai peringkat umur dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga Felda khususnya. Tahniah semua!
Disediakan oleh:- Saniah Zainal, PBSD Maran
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 673
