ROMPIN, 6 November 2020 –Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pahang 2020 yang berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan semalam. Puan Ain Munirah Muhammad Saeh yang juga Setiausaha bagi Persatuan Belia Gading Perkasa, Rompin telah memenangi tempat keempat APBN Kategori Individu Wanita dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 500.00 sumbangan Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan ini adalah di atas pencapaiannya dalam program kepimpinan serta kesukarelawanan di peringkat daerah Rompin. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada beliau. Semoga kejayaan beliau ini dapat memberi motivasi serta inspirasi kepada belia dalam daerah Rompin untuk terus meningkatkan kualiti hidup dan menjadi belia yang berjasa kepada negara.
Disediakan oleh: Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 426
