PEKAN, 19 Oktober 2020 – Encik Mohd Izuddin Ilias, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah mewakili Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agong Kelab Usahawan 1 Azam Parlimen Pekan pada kali ini. Turut hadir bersama adalah Pengerusi Kelab Usahawan 1 Azam Parlimen Pekan iaitu Dato’ Melati Ali yang juga telah mempengerusikan Mesyuarat Agong kelab. Kewujudan kelab ini adalah antaranya bertujuan bagi membantu dan meningkatkan pembangunan usahawan-usahawan kecil yang berasaskan makanan sebagai mata pencarian mereka. Seusai mesyuarat diadakan juga aktiviti sampingan iaitu pertandingan masakan terbaik di kalangan ahli kelab bagi mencungkil bakal baru untuk berdaya saing dalam pasaran semasa pada masa kini. Adalah diharapkan agar ahli-ahli kelab akan terus bergerak aktif bagi memastikan kelab terus relevan dalam bidang keusahawanan.
Disediakan oleh: Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 584
