- JBS Pahang
- Hits: 523
PROGRAM ‘PSYFUN @ WORK’ 2020
PEKAN, 5 OKTOBER 2020 – Sebagai langkah menjadikan kerja satu keseronokan, seramai 3 orang warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah menghadiri Program ‘Psyfun @ Work’ yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang, Kuantan. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta . Peserta telah diberikan masa bagi membuat penilaian diri sendiri dan tahap stress melalui aktiviti ceramah dan ujian psikologi.
Disediakan oleh: Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 523
