BERA, 28 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera dengan kerjasama Kelab Berbasikal Bera telah menganjurkan Program Kayuhan 63 Tahum Merdeka yang melibatkan jarak sejauh 63 kilometer sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bera. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang. Seramai 70 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program Kayuhan tersebut yang telah melibatkan Agensi Kerajaan dan orang awam. Program mematuhi SOP sebagaimana yang telah ditetapkan bagi setiap program sukan. Rata-rata peserta teruja dengan penganjuran program tetapi masih mengamalkan penjarakan sosial sebagaimana arahan penganjur. Kelab Berbasikal Bera komited dalam melaksanakan pelbagai program dan sentiasa berusaha untuk merancang program-program masa hadapan. Ayuh, Bera berkayuh!!!
Disediakan oleh: Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 452
