BERA, 7 SEPTEMBER 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera dengan kerjasama Kelab Mendaki Regency telah mengadakan program Ambang Kemerdekaan Mendaki Bukit Senorang. Program tersebut telah diadakan pada 30 Ogos yang lalu di Bukit Senorang, Kemayan bermula jam 6.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Seramai 129 orang peserta telah mengambil bahagian melibatkan Agensi Kerajaan dan orang awam. Lima orang warga PBSD Bera yang diketuai oleh Encik Mohamad Rozaiham Abd. Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daearah Bera telah terlibat dalam menjayakan misi menawan bukit tersebut yang berketinggian 326 Meter. Program ini dirasmikan oleh YDH DSP Haji Mansor Haji Samsudin, Ketua Polis Daerah Bera dengan acara kemuncak menaikkan bendera di puncak Bukit Senorang.
Disediakan oleh: Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera
Disunting oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin dan Disemak oleh: Nik Nor Syahirah Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 1035
