ROMPIN (KRMSA), 8 SEPTEMBER 2020 – Program Fit Malaysia yang sinonim sebagai salah satu program ikonik KBS sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat yang mengamalkan gaya hidup aktif. Sementelah negara kita masih dilanda pandemik Covid19 ini, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia telah menganjurkan Fit Malaysia Virtual Run 2020 untuk mengubat kerinduan masyarakat yang mendambakan program seumpama ini. Pendaftaran program ini dibuat secara atas talian di www.jomrun.com/event/Fit-Malaysia-Virtual-Run-2020 bermula 1 hingga 31 Julai yang lalu. Setiap penyertaan yang menghabiskan larian virtual 10 kilometer akan menerima sijil digital dan sekiranya jumlah larian adalah 10,000 km peserta pertama mendaftar akan menerima medal penamat. Larian virtual perlu diselesaikan bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2020. Salah seorang kakitangan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR), Puan Siti Alifah Hamzah tidak ketinggalan menyertai acara ini. Beliau telah menyelesaikan larian virtual dalam tempoh yang ditetapkan dan merekodkan larian menggunakan aplikasi ‘Strava’. Beliau telah berlari secara berperingkat-peringkat dan lokasi larian virtual pilihan beliau adalah sekitar KRMSAR dan menghantar rekod larian virtual lengkap ke laman web penganjur. Pada 4 September yang lalu, beliau telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin untuk mengambil t-shirt dan medal penamat, manakala sijil digital perlu dicetak dari emel yang didaftarkan. Jom Run!!!!
Disediakan oleh: Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 680
