PEKAN, 23 Oktober 2020 – Sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama Syarikat Alam Flora Daerah Pekan yang telah hadir membantu menyediakan perkhidmatan pengangkutan menghantar aset yang perlu dilupuskan ke tapak pelupusan sampah. Hadir bersama beberapa orang kakitangan dari Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. yang juga turut membantu kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan. Semua aset yang perlu dilupuskan ini telah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Tujuan proses pelupusan ini adalah bagi memastikan tiada lagi aset yang tidak berada dalam kondisi yang baik digunakan. Ianya bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin. Hanya aset yang benar-benar berada dalam kondisi yang baik sahaja akan diteruskan penggunaanya.
Disediakan oleh: Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 952
