KRMSA ROMPIN, 18 November – Kerja-kerja naik taraf Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) yang dijangka akan bermula pada awal tahun 2021 telah giat dijalankan secara berperingkat pada penghujung tahun ini. Kerja penyiasatan tapak pembinaan telah berlangsung selama seminggu bermula 3 hingga 8 November 2020 yang melibatkan tujuh ‘point’ yang telah dikenalpasti dalam pemeriksaan tapak sebelum ini. Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Syarikat AlanTech selaku kontraktor lantikan Jabatan Kerja Raya (JKR) melibatkan dua jenis kaedah penyiasatan iaitu ‘boring test’ dan ‘probe mackintosh test’. Dua ‘point boring test’ dilakukan di zon rekreasi darat dan lima ‘point probe mackintosh test’ di kawasan lapang sebelah Dewan Serbaguna. Tujuan kedua-dua jenis ujian ini adalah untuk meneliti tentang strata tanah dan bentuk muka bumi di kawasan pembinaan serta untuk mengetahui tentang tanah dan paras air yang terdapat dalam muka bumi bagi memastikan tapak yang paling sesuai untuk pembinaan yang bakal dibangunkan pada tahun hadapan. Seramai empat orang pekerja dari Syarikat Alantech telah berkampung di KRMSAR bagi menjalankan kerja-kerja tersebut. Encik Zubi Awang, Penolong Jurutera KRMSAR telah bertanggungjawab bagi memantau dan memastikan kerja-kerja dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak JKR.
Disediakan oleh:- Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 1462
