KUANTAN, 12 Mei – Unit Komunikasi dan Multimedia (UcOM) Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang telah menjalankan tugasan merakam dan mendokumentasikan Lawatan Pemantauan Pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi bersama ‘Rakan Muda Sports Bubble Volunteers’ (RM-SBV) seramai 20 orang di Stadium Darul Makmur pada 1 dan 5 Mei yang lalu. Perlawanan adalah diantara Sri Pahang FC menentang UiTM FC pada 1 Mei dan Sri Pahang FC menentang Selangor FC pada 5 Mei bagi ‘Malaysian Football League’ (MFL). Kerja-kerja dokumentasi dijalankan dengan mengambil gambar-gambar detik tugasan dan rakaman video bagi keperluan laporan dan sosial media. Tugasan bermula jam 5.00 petang dan berakhir sekitar jam 12.30 pagi. Tugasan bagi bulan Ramadhan ini serba sedikit menuntut kekuatan fizikal dan mental, tambahan dalam keletihan berpuasa. Warga UcOM yang bertugas adalah Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Encik Azian Ali, Cik Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar dan Encik Mohd Arizan Rozaid.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 394
