ROMPIN, 30 Ogos – Program Agihan Sumbangan Prihatin Dun Tioman kepada semua petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rompin telah berlangsung jam 3.30 petang pada 27 Ogos yang lalu. Bantuan telah disampaikan sendiri oleh YB Dato’ Sri Kapt. (B) Haji Mohd Johari Haji Hussain, Adun Kawasan Rompin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Seramai 12 orang Sukarelawan Myvac Rompin yang bertugas hari ini merupakan antara mereka yang menerima bantuan. Turut hadir ialah Puan Rosliza Manap, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Semoga dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat kesukarelawanan yang lebih tinggi dikalangan belia. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas pemberian bantuan dan ingatan terhadap para sukarelawan yang turut sama terlibat menentang pandemik.
Disediakan oleh:- Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 339
