KUANTAN, 7 September – Mesyuarat Tapak berkaitan kerja-kerja naiktaraf dan bina baharu Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES) telah diadakan di Bilik Mesyuarat KOMBES dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian (SUB) Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Encik Norazli Indzam. Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang serta wakil perunding dan kontraktor utama MZ Hakujaya telah membincangkan tadbir urus berkaitan kerja-kerja naiktaraf tersebut. Mesyuarat dilangsungkan selama tiga jam ini membincangkan mengenai isu-isu berbangkit yang terdapat di kompleks dan menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pengurusan projek termasuk kelulusan pembinaan yang menjadi isu penting dalam pembinaan baharu kompleks tersebut. Lawatan tapak oleh SUB Pembangunan turut diadakan untuk melihat sendiri kemajuan kerja yang sedang berlangsung selepas peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.
Disediakan oleh:- Mariana Afzan Mohamed Yusof, Unit Pembangunan JBS Pahang
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 409
