ROMPIN, 24 September – Puan Mazurina Mohd Bidin, Pengurus Syarikat Maaz Vision Sdn. Bhd. telah hadir membuat kunjungan ke Pejabat Pengurusan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) pada 23 September yang lalu. Setelah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, beliau telah menjalankan lawatan dan pemeriksaan ke seluruh negeri Pahang untuk menyelia kontrak pembersihan yang dimiliki oleh syarikatnya. Kunjungan beliau adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang diberikan, disiplin pekerja kontrak dan isu-isu berbangkit yang berkaitan. Puan Siti Alifah Hamzah, wakil Pengurus KRMSAR menyambut baik kedatangan beliau dan memaklumkan kepada pihak syarikat hanya terdapat beberapa isu dalaman tentang perkhidmatan, tatacarakerja dan disiplin pekerja namun perkara-perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik secara teguran dan perbincangan. Secara keseluruhan, perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja syarikat adalah memuaskan. Beliau telah mengambil maklum perkara yang dibentangkan berjanji akan membuat penyelarasan dan teguran terhadap pekerja. Beliau turut menyatakan bahawa pihak syarikat optimis dalam menangani masalah disiplin pekerja, mutu perkhidmatan dan yang terkini berkaitan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan para pekerja mendapat jangkitan dan menjejaskan prestasi syarikat. Beliau berkata pihak syarikat akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menjaga nama baik syarikat dan KRMSAR.
Disediakan oleh:- Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 456
