BERA, 2 November – Padang Majlis Daerah Bera yang bertempat bersebelahan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bera telah dipilih sebagai lokasi bagi aktiviti larian sempena pengisian Sambutan Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Daerah Bera. Ianya merupakan program larian santai yang melibat kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bera, Majlis Daerah Bera dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera serta ahli-ahli Persatuan Kecergasan Daerah Bera. Pelaksanaan secara fizikal ini dianjurkan dengan mengamalkan SOP MKN dan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi yang telah ditetapkan iaitu larian secara berkumpulan dengan mengamalkan penjarakkan 1 meter antara para peserta. Aktiviti yang berlangsung selama satu jam ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai mengikuti aktiviti cergas dan sihat. Sesi ini dimulai dengan aktiviti regangan oleh instruktur kecergasan selama 20 minit dan sebelum acara larian bermula. Larian tamat di Kediaman Pegawai Daerah setelah megelilingi padang sebanyak dua kali. Program dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik.Disediakan oleh:-Nur Amalina Mat HussinPBSD Bera Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 311
