KUANTAN, 17 November – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Anak Air Kuantan, Belia Kampung Anak Air, Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Daerah Kuantan dan Kelab Motor Besar Pahang (Pahang Bikers) telah mengadakan Program Gotong-Royong Membersihkan Pantai Kampung Anak Air Peramu pada 13 November yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 100 orang penduduk kampung telah bersama-sama memeriahkan program gotong-royong tersebut. Turut hadir dalam program tersebut adalah Datuk Bandar Kuantan, Dato’ Hamdan Hussin. Program berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dalam usaha mengembalikan kebersihan dan keindahan alam sekitar. Syabas kepada semua yang terlibat!Disediakan oleh:-Haji Osman Haji Wan Bukhari, PBSD Kuantan Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 259
