KUANTAN, 29 Disember – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan dengan kerjasama JKK Kampung Darat Beserah, Pejabat Hutan Daerah Kuantan, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang dan YMM Daerah Kuantan telah mengadakan Program Rakan Muda Day Out (RMDO) sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia. Program RMDO Daerah Kuantan telah diadakan bertempat di Hutan Lipur Beserah dan dimulakan dengan acara gimik penanaman pokok di kawasan tersebut oleh Encik Wan Mohd Zulkifli, Pegawai Khas dan wakil rasmi kepada Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negara dan juga Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Program diteruskan lagi dengan gotong-royong membersihkan kawasan hutan lipur dan menanam pokok bunga tanjung di Kawasan Perkuburan Baru. Acara penyerahan anak pokok kepada warga Beserah kemudiannya telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Andasura Rabu, ADUN Beserah yang turut hadir dalam program tersebut. Program RMDO Daerah Kuantan turut dihadiri oleh Encik Azairuddin Osman, Pengerusi JKK Kampung Darat Beserah dan turut disertai oleh sukarelawan MyVAC Daerah Kuantan, St. John Ambulance Negeri Pahang, sukarelawan IMFuture dan komuniti Beserah.Disediakan oleh:-Haji Osman Haji Wan Bukhari,PBSD Kuantan Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 288
