ROMPIN, 29 Disember – Satu persediaan bagi menjalankan Misi Pasca Banjir 21 NGO’s Rompin Bergabung Ke Kampung Tiram, Kuantan diadakan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin bermula jam 2.30 petang 22 Disember yang lalu. Misi kali ini merupakan anjuran Masjid Tengku Mahkota Abullah Rompin dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Daerah Rompin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, Majilis Belia Daerah (MBD) Rompin, Rompin Riders Club dan Kelab Rompin Prihatin. Program sehari ini telah dijalankan pada 23 Disember yang lalu dan memberi fokus dalam membantu keadaan mangsa banjir di kawasan Kampung Tiram, Kuantan. Persediaan dari segi peralatan mengemas dan pembersihan serta pembahagian makanan telah dibuat di masjid tersebut. Turut membantu dalam persediaan ini adalah Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin serta warga PBSD Rompin. Disediakan oleh:-Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 301
