KUANTAN, 5 Januari – Beberapa rumah warga Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah turut sama terlibat di dalam banjir pada kali ini. Terdapat beberapa rumah yang melibatkan kerosakan yang teruk termasuk kelengkapan elektrik dan parabot yang terpaksa dibuang akibat terendam di dalam air dalam tempoh masa yang lama. Pakaian-pakaian juga ada yang terpaksa dibuang akibat lumpur yang sukan dibersihkan. JBS Negeri Pahang juga telah menggerakkan warga kerja lain yang tidak terlibat dalam banjir untuk ‘turun padang’ memberikan bantuan khususnya dalam kerja-kerja pembersihan rumah. Sepanjang dua minggu tumpuan telah diberikan untuk membantu membersihkan dalaman dan luaran rumah serta membuang kelengkapan yang rosak. Banjir pada kali ini adalah antara banjir yang terbesar melanda negeri Pahang. Adalah diharapkan serta didoakan agar mereka yang terlibat diberikan kekuatan atas segala musibah yang menimpa dan diberikan kelapangan untuk menyelesaikan urusan. Terima kasih kepada warga kerja JBS Negeri Pahang yang terlibat.Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 309
