ROMPIN, 3 Februari – Kempen Derma Darah sedang giat dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat ke arah usaha yang murni ini. Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan telah menganjurkan Jom Derma Darah @ KBS di Kuantan City Mall (KCM) pada hari ini. Turut hadir menderma Puan Norsuzila Ernie, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin dan Encik Mohd Asry, Pembantu Tadbir PBSD Rompin. Satu beg darah mampun untuk menyelamatkan tiga nyawa. Adalah menjadi harapan agar rakyat Malaysia khususnya menyedari kepentingan menderma darah dan menjadikannya sebagai satu tanggungjawab sosial secara bersama. Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin. Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 286
