BERA, 18 Februari – Kelab Keluarga dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menganjurkan Sesi Perlawanan Persahabatan Sukan sempena Lawatan Muhibbah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Sesi Perlawanan Persahabatan Sukan tersebut telah diadakan pada 11 dan 12 Februari 2022 yang lalu di Playground 6, Semambu, Kuantan. Program berkenaan diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelab. Encik Mohamad Amirul Mohamad Suhaimi telah terpilih dalam acara sukan futsal bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera untuk menyertai sesi perlawanan persahabatan program tersebut. Perlawanan telah berlangsung dengan sengit dengan kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Disediakan oleh:- Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 250
