KUANTAN, 15 Februari – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menerima kunjungan daripada penggiat sukan memancing daerah Rompin bagi membincangkan mengenai penubuhan persatuan. Kunjungan yang telah diadakan pada 8 Februari 2022 yang lalu telah berjalan dengan baik dengan pengumpulan maklumat berkaitan dan juga bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai aktiviti sukan memancing khususnya di daerah Rompin. Encik Munir Kasman Abdul Hamid, Encik Muhamed Nurhafiz Zainal dan Encik Jamal Abdul Nasir Ali telah meluangkan masa selama hampir satu jam dalam kunjungan ini. Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Negeri Pahang bersama Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin dan Puan Noor Nazurah Nerman telah menerima kunjungan tersebut. Adalah diharapkan melalui kunjungan ini dapat ditubuhkan persatuan khususnya bagi sukan memancing.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 462
