LIPIS, 18 Februari – Gerakan Belia 4B Cawangan Kuala Telang telah mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Belia Kamoung Kuala Telang dan Belia Kampung Tanjung Jambu, Kuala Lipis bertempat di Dewan Terbuka Kampung Tanjung Jambu, Kuala Lipis pada 6 Februari 2022 yang lalu. Sebanyak tujuh pasukan yang terdiri daripada belia setempat telah menyertai pertandingan tersebut. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh YH Dato’ Mohd Nor Ab Latif, Ketua Cawangan UMNO Tanjung Jambu merangkap Pengerusi Persatuan Bekas Polis Negeri Pahang dan bagi sesi penyampaian hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Mustaffa Hj. Long, ADUN Padang Tengku. Turut hadir Encik Mohd Mazli Noh, Ketua Kampung Tanjung Jambu serta Pengerusi Gerakan Belia 4b Caw Kuala Telang Saudara Megat Aikrimah Hatim Abdul Halim. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis mengucapkan tahniah dan syabas kepada di atas penganjuran program ini.
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 293
