PEKAN, 21 Februari – Lima orang warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah berkumpul bagi menyertai Perhimpunan Khas Amanat Ketua Pengarah Bersama YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah. Perhimpunan yang diadakan secara atas talian melalui ‘live’ di ‘facebook’ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia bermula seawal jam 8.30 pagi dan telah disertai oleh semua peringkat agensi di dalam perkhidmatan awam. Dalam ucapan itu, beliau telah memberi pesanan kepada penjawat awam bersiap sedia dan berubah dari sekarang supaya mampu menghadapi perubahan dan cabaran yang mendatang. Pejawat Awam adalah ejen perubahan yang efektif yang tidak dinafikan dalam pembangunan negara. Semoga perhimpunan ini dapat memberi motivasi secara terus kepada semua penjawat awam di Malaysia.
Disediakan oleh:- Faizal Bakar, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 266
