MARAN, 1 Mac – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Maran menerima kunjungan Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang pada 18 Februari 2022 yang lalu. Ketibaan beliau kira-kira jam 9.30 pagi disambut oleh Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran. Sesi perbincangan ringkas diadakan bersama warga PBSD Maran dan seterusnya beliau menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan dan Pelancaran Wsport Pahang secara maya. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang itu bermula jam 10.00 pagi secara atas talian melalui platform ‘Cisco Webex’. PBSD Maran berbesar hati menerima kunjungan beliau pada kali ini.
Disediakan oleh:- Saniah Zainal, PBSD Maran
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 271
