BENTONG, 4 Mac – Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang melakukan lawatan mengejut ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong. Kehadiran beliau telah disambut oleh Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong kira-kira jam 9.00 pagi tadi. Tujuan beliau melakukan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri pengurusan dan pentadbiran PBSD Bentong. Lawatan ini yang pertama kali buat tahun 2022. Beliau juga telah mengambil kesempatan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan perkara berbangkit dan memberi cadangan penambahbaikan serta menyampaikan khidmat nasihat dan menyuntik kata-kata semangat agar warga kerja PBSD Bentong sentiasa komited menjalankan tugas. Beliau turut menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program Malaysia Sports League (MSL) 2022 secara atas talian menggunakan platform ‘Google Meet’ di PBSD Bentong.
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 256
