- JBS Pahang
- Hits: 211
GOTONG-ROYONG BULANAN PBSD BENTONG
BENTONG, 11 Mac – Menjadi rutin bulanan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong akan membuat aktiviti gotong-royong memotong rumput dan membersihkan semak samun di kawasan sekitar pejabat bagi memastikannya sentiasa bersih dan terjaga. Pada 9 Mac 2022 yang lalu, Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong dan Encik Zulinsan Abdul Razak, Pembantu Belia dan Sukan telah memulakan kerja gotong-royong tersebut seawal jam 8.00 pagi. Semoga persekitaran pejabat yang bersih dapat mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat seterusnya akan meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam melaksanakan kerja.
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 211
