CAMERON HIGHLANDS, 17 Mac – Sesi ‘trial run’ telah dijalankan sebagai acara pemanas badan sempena Program ‘Hiking Day’ Peringkat Daerah Cameron Highlands yang bakal berlangsung pada 20 Mac 2022. Sesi ini telah dijalankan di Sungai Pauh, Tanah Rata Cameron Highlands dengan penyertaan seramai 35 orang dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands telah diwakili oleh Encik Ahmad Fadzil Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands dan Puan Norhayati Rahmat, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands. Sesi yang dijalankan ini merupakan satu sesi yang penting dalam memastikan lokasi yang dipilih adalah selamat untuk aktiviti yang dirancang.
Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 227
