- JBS Pahang
- Hits: 198
PROGRAM ‘OUT REACH’ INSTRUKTUR KECERGASAN DAERAH KUANTAN HIMPUN PENGGIAT KECERGASAN
KUANTAN, 10 Mac – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan bersama Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menganjurkan Program ‘Outreach’ Instruktur Kecergasan Daerah Kuantan dengan bertujuan memperkasakan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti kecergasan dengan lebih sistematik dan tersusun. Selain daripada itu, perjumpaan ini adalah bagi memastikan pelaksanaan aktiviti kecergasan selaras dengan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi semasa. Seramai 30 penggerak kecergasan daerah Kuantan telah menghadiri program dan turut hadir ke program tersebut adalah Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah JBS Negeri Pahang, Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBS Negeri Pahang, Datin Azam Johan, Presiden Persatuan Kecergasan Negeri Pahang, Encik Mohd Yusof Md Said Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Pegawai-Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan JBS Negeri Pahang dan PBSD Kuantan.
Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W.Bukhari, PBSD Kuantan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 198
