ROMPIN, 7 Mac – Berikutan lawatan wajib yang perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin telah menerima kunjungan mengejut daripada Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang pada 25 Fberuari 2022 yang lalu. Lawatan ini adalah bertujuan dalam memastikan prosedur pentadbiran dan kewangan dilaksanakan dengan betul dan penuh intergriti. Lawatan beliau telah disambut baik oleh warga PBSD Rompin walaupun mempunyai kekangan kekurangan staff akibat wabak Covid-19. Lawatan tersebut telah berjalan dengan lancar dan beliau turut menyampaikan beberapa pesanan bagi memastikan urusan pentadbiran dapat diperbaiki dan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa demi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disampaikan kepada masyarakat.
Disediakan oleh:- Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 192
