- JBS Pahang
- Hits: 266
LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KERJA PAHANG ‘HIKING DAY’ 2022 – PBSD ROMPIN BERSIAP SEDIA
ROMPIN, 14 Mac – Mesyuarat Penyelarasan Sempena Pahang ‘Hiking Day’ 2022 Daerah Rompin telah diadakan di aplikasi ‘Webex’ pada jam 9.30 pagi, 11 Mac 2022. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Afiq Radzuan, Penolong Pegawai Daerah Rompin. Pahang ‘Hiking Day’ 2022 merupakan sebuah program mendaki yang akan diadakan di seluruh daerah di negeri Pahang secara serentak dan akan disiarkan secara ‘live streaming’ pada 20 Mac 2022 bertempat di Bukit Ridan, Muadzam Shah. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin merupakan antara Ahli Jawatankuasa Kerja yang ditugaskan bagi memastikan program ini berjalan lancar. Antara tugasan penting tersebut ialah menguruskan jemputan peserta, pemantauan pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi serta menyelaraskan sesi pemanasan badan sebelum aktiviti mendaki dimulakan. Puan Nor Amira Amalina Che Ibrahim telah hadir bagi mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin untuk mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh:- Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 266
