TEMERLOH, 8 Mac – Majlis Apresiasi Majlis Belia Daerah (MBD) Temerloh 2020 & 2021 telah diadakan pada 1 Mac 2022 yang lalu bertempat di Rest House Temerloh. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan, & Komoditi Negeri Pahang. Turut hadir pada majlis adalah Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Encik Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia, wakil daripada Majlis Belia Negeri Pahang dan Encik Naseef Saim mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan dan menghargai sumbangan jasa bakti yang telah diberikan oleh Ahli Jawatankuasa MBD Temerloh 2018-2020 dan juga bagi Sesi Suai Kenal bersama pengerusi yang baharu bagi sesi 2021-2023 iaitu Encik Akmal Tamili. PBSD Temerloh mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada barisan kepimpinan MDB Temerloh semoga dengan kepimpinan ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti belia-belia di daerah ini khasnya.
Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 181
