BERA, 8 Mac – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah melaksanakan taklimat Pembangunan Rakan Muda pada 2 Mac 2022 yang lalu dan telah melibatkan semua daerah di negeri Pahang. Taklimat berkenaan diadakan di platform ‘zoom meeting’ yang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Nazri Yahya, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Objektif Taklimat Pembangunan Rakan Muda berkenaan dijalankan bertujuan untuk memaklumkan mengenai perjalanan program Pembangunan Rakan Muda sepanjang tahun 2022. Encik Mohamad Amirul Mohamad Suhaimi wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera telah turut serta dalam taklimat tersebut yang berakhir sekitar jam 3.45 petang.
Disediakan oleh:- Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 170
