LIPIS, 17 Mac – Mesyuarat Penyelarasan bersempena penganjuran Program ‘Myfit @Motorsports’ Klinik Asas Motorcross KBS Peringkat Daerah Lipis telah diadakan pada 11 Mac 2022 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis itu telah membincangkan perjalanan program serta tetamu kehormat yang akan terlibat. Antara jemputan mesyuarat yang hadir ialah Inspektor Mohd Nafis Nazaruddin, wakil Ibupejabat Polis Daerah Lipis, Encik Azlan Yahya, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Lipis, Lt. Ummi Nurul Syuhada Hishamuddin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lipis, Encik Rohizat Mohd Razali, Encik Mohammad Alief Mohd Razali, Encik Azarul Fikri Nazri wakil dari Kelab Motor Lasak Daerah Lipis serta Encik Mubin Hassan Basri wakil Majlis Belia Daerah Lipis. Semoga program dapat dijalankan dengan sebaiknya dengan kerjasama daripada pelbagai Jabatan, Agensi dan NGO’s.
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 204
