PEKAN, 1 April – Puan Rozita Barudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan bersama empat orang kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah menyertai program ‘Trial Run’ Pahang Hiking Day 2022 yang bertempat di Tapak Cerapan Hilal, Tanjung Batu, Nenasi Pekan. Program ini telah berlangsung bermula pukul 8.00 pagi dan dihadiri seramai 25 peserta yang terdiri daripada kakitangan awam daerah Pekan dan masyarakat setempat. ‘Trial Run’ ini dibuat bertujuan untuk membuat persediaan awal sebelum hari sebenar dan akan disertai oleh seramai kira-kira 120 orang peserta dari pelbagai agensi. Program ini dianjurkan oleh Tourism Pahang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dan dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri Pahang.
Disediakan oleh:- Faizal Bakar, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 210
